Pada tanggal 29 April 2010, Sekolah Tuanku Abdul Rahman telah menjadi tuan rumah Pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Zon 1 Daerah Kinta Utara Tahun 2010. Pertandingan ini melibatkan 8 buah sekolah dalam kelompok 1 Daerah Kinta Utara. Antara sekolah yang terlibat ialah :

1. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (S.T.A.R)
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang
4. Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat
5. Sekolah Menengah Kebangsaan Rapat Setia
6. Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Jaya
7. Sekolah Izzzuddin Shah
8. Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah

Syukur alhamdulillah, program berlangsung dengan lancar, teratur, dan kemas. Pemidato yang terlibat dalam pertandingan ini cukup berbakat tapi perlu digilap dan dibimbing tentang teknik-teknik terbaik untuk berpidato. Komen ketua hakim juga cukup membina dan perkara utama yang perlu diambil perhatian serius untuk diperbaiki adalah bahagian pidato spontan. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :

1. Nur Qusyairi bin Mohamed Fauzi - Sekolah Tuanku Abdul Rahman (S.T.A.R)
2. Khairun Nisa binti Khairul - S.M.K. Raja Chulan
3.Muhamad Najmi bin Mohd. Radhi - Sekolah Izzuddin Shah

Tahniah diucapkan kepada para pemenang pertandingan ini. Para peserta lain juga disyorkan supaya terus berada dalam bidang ini sampai ke peringkat tertinggi. Semoga bakat yang mereka ada dapat terus dikembangkan agar pidato seterusnya yang akan mereka sampaikan adalah pidato yang cukup berkualiti dan berkesan. Warga intelek pemacu kemajuan negara.





Pada tanggal 14 April yang lalu, Pasukan Puisi dan Lagu STAR telah menyertai Pertandingan Ko-Akademik “Puisi dan Lagu” Peringkat Zon 1 Kinta Utara 2010 yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat.
Pasukan yang dibimbing En. Mohd. Rafaie Bin Abdul Aziz dan En. Azli bin Yaacob telah diundi dan mendapat giliran kedua untuk membuat persembahan.

Antara pelajar-pelajar yang terlibat adalah seperti berikut:
(i) Afif Fitri B. Aziz (Ting: 4 A/Rumah Hijau)
(ii) Mohammad Ridhwan B. Rosli(Ting: 4 /Rumah Hijau)
(iii) Isma Arif B. Sulaini(Ting: 4 /Rumah Putih )
(iv) Aiman Imran B. Mohmad Tahir(Ting: 4 /Rumah )
(v) Muhammad Khairuddin B. Abdul Khalil(Ting: 4/Rumah Hitam)
(vi) Muhammad Izwan B. Norman (Ting: 4 / Rumah Hitam)

Selain STAR, sekolah yang turut terlibat ialah SMK Gunung Rapat, SMK Rapat Setia, dan SMK Seri Ampang. Syukur alhamdulillah, dengan berkat usaha dan keizinanNya, STAR telah mendapat tempat Ke-3 selepas Pasukan SMK Rapat Setia di tempat pertama dan Pasukan SMK Gunung Rapat, tempat kedua.

Dengan kekuatan pasukan yang tidak berpengalaman, pencapaian ini sudah cukup membanggakan. Karya saudara Mohammad Ridhwan B. Rosli ini bertajuk ‘Kasihku Perpaduan’ ini juga mendapat pujian dari juri untuk bahagian isi puisi yang sarat dengan ilmu sasteranya. Dengan pengalaman yang diperoleh, mereka berazam untuk memberi yang terbaik pada tahun hadapan. Majulah puisi dan lagu untuk STAR....




Once A STARian Is Always A STARian.............


Panorama STAR Ipoh

Panorama STAR Ipoh

Selamat datang ......

Blog ini memaparkan semua aktiviti kokurikulum yang dianjurkan atau disertai oleh pelajar STAR Ipoh. " Dari bintang, kepada bintang, untuk bintang.........

Tentang kami

My photo
Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

Peminat

Carian Blog Ini

Demi masa

Kalendar Islam