Kejohanan Trek dan Padang , Majlis Sukan Daeran Kinta Utara telah berlangsung pada 22 Mac - 25 Mac 2011. STAR turun bersama semangat PGR2011 ( Program Gold Rush 2011) untuk memberikan cabaran meraih kejuaraan mutlak dalam kejohanan tersebut.

Sejak hari pertama lagi STAR telah dilihat sebagai pencabar utama bila atlet-atletnya telah berjaya meraih 4 pingat emas, 2 perak dan 3 gangsa. Edin Hisam ' the littlest athlete in the team' membuka tirai pungutan emas STAR dengan memungut emas pertama dalam acara lompat kijang lelaki 14 tahun dengan lompatan 11.87m Beliau ditemani rakannya Helmy Yazid ( anak Yazid STAROBA) di podium untuk dikalungkan gangsa dengan lompatan 10.78m . Kem STAR ditambah ceriakan dengan kemenangan bergaya sprinter U14 kita Azim Zainurin dalam acara 100m dengan masa 12.0s. Kegagalan raja pecut STAR ,Shakir Zuhfayri yang terpaksa akur dengan hanya mendapat pingat gangsa dalan final 100m lelaki 15 tahunsedikit mengejutkan.Namun kem dicerikankan semula dengan larian penuh sensasi Nor Fitri Mohd Zam dalam final 100m U18 untuk memungut emas ketiga STAR dengan catatan masa 11.2s. Beberapa minit kemudian stadium digegarkan lagi dengan sorakan penyokong-penyokong STAR apabila Mohd Iqbal Zubir dan Mohd Hamdan merakamkan kemenangan 1-2 dalam acara lompat Kijang lelaki 18. Iqbal mencatat jarak 12.86m sementara Hamdan 12.68m. Sementara itu di penghujung hari pertama ini Mohd Ramadan dan Luqman Burhan telah berjaya berjaya meletakkan diri masing-masing sebagai pendahulu dalam kutipan mata bagi acara heptathlon, Ramadan mengungguli acara 110m hurdles dan 400m sementara Luqman mengungguli acara Lompat tinggi dan peluru.

STAR turun di hari kedua dengan azam untuk meraih sebanyak mungkin emas yang termampu. Eezat Akbar dan Nazrin Nawawi turun dengan azam untuk melengkapkan pungutan emas di gelanggang lompat kijang. Setelah saling silih berganti mendahului lompatan dari pusingan pertama hingga ke pusingan kelima dan telah terbayang dominasi STAR di gelanggang lompat kijang tiba-tiba lompatan miracle dari atlet Izzuddin Shah telah memintas kedua2 atlet STAR. Beliau mencatat 11.42m. Berbekalkan satu lompatan terakhir Ezzat mencuba yang terbaik namun lompatan terakhir beliau 11.40m hanya mampu untuk meraih perak dan nazrin terpaksa akur dengan gangsa. Terasa lemah seluruh anggota menerimahakikat kekelahan ini. Namun segala-galanya terubat apabila kuartet 4X100m lelaki 15 tahun kita telah telah menampilkan persembahan larian dan pertukaran baton yang hebat untuk muncul juara meninggalkan pesaing lebih 10m di belakang. Mereka mencatat masa 47,5 saat . Menyusul kemudian persembahan dramatik oleh pelari-pelari kuartet 4X100m lelaki bawah 18, dalam satu persaingan sengit. Dengan catatan 45.3s , mereka merakamkan kemenangan berganda dalam 4X100m. Nor Fitri yang mungkin terkesan dengan larian hebatnya dalam 4X100m terpaksa menyerahkan mahkota kejuaraan yang disandangnya sebagai juara bertahan dalam lompat jauh yang berlangsung serentak dengan acara 4X100m. catan 5,67m hanya mampu meraih gangsa. Mohamad Ramadan dan Luqman Burhan menutup cabaran hari kedua dengan penuh bergaya apabila mereka berjaya merebut emas dan perak setelah menyelesaisan saingan tujuh acara mereka dalam heptathlon. Ramadan muncul orang besi MSDKU dengan catatan 3042mata. Luqman mencatatkan 3042mata. Acara heptathlon ini belum pernah dimenangi oleh mana-mana atlet STAR sepanjang sejarah. Dengan 3emas,2perak dan 2gangsa atlet STAR pulang untuk berehat dengan hati yang puas.

Hari ketiga mendebarkan. Apakah kecemerlangan hari pertama dan kedua mampu dipertahankan.Abd Aziz Abd Rahman memulakan cabaran dalam acara awal pagi , 3000m steeplechase. keberanian beliau mencuba acara yang teramat asing bagi pelajar STAR terganjar, apabila beliau muncul juara kelima, layak mendapat hadiah Semangat dari keberanian Abd Aziz menyusup kedalam jiwa finalist paling kecil dalam acara 400m L 14, Nufail Iskandar. Larian bertenaga beliau , narrowly missed the gold at the tape. Nufail meraih perak dengan catatan 60.7s. Sejurus selepas itu stadium digegarkah dengan larian penuh sensasi oleh Syakir Zufayri dalam acara 400m L 15. Syakir mencatatkan masa 52.4 saat untuk mencipta rekod baru kejohanan. Catatan ini telah meletakkan Syakir sebaris dengan Ishak Sohor, Yahaya Daud dan Yunus Karim dalam lipatan sejarah 400m STAR. Amirul Ashraf turut berjaya mendapat gangsa dalam acara tersebut. Kejayaan atlet STAR berterusan bila Mohd Faiz meraih perak dalam lompat jauh L14 dengan catatan 5,02m dan Mohd Hamdan meraih gangsa dalam lompat tinggi L18 dengan lompatan setinggi 1,65m. Atlet STAR sekali lagi mencuri tumpuan bila Shahrul Izni dan Hasif berjaya merangkul emas dan perak dalam acara merejang Lembing L14, Shahrul mencatat 28.6m untuk emas manakala Hasif mencatat 26.8m untuk perak. Untuk hari kedua STAR mumungut 2emas ,4 perak dan 2 gangsa.

Atlet STAR turun ke stadium berbekal azam yang muktamad, "IT'S NOW OF NEVER'. Sentara Ahmad Nabil berjuang di gelanggang cakera, Azim Zainurin telah menggegarkan stadium dengan larian emasnya dalam acara 200m dengan catatan 25.1s. Sejurus selepas itu nabil pula diumumkan pemenang emas bagi acara melempar cakera bawak 14tahun dengan jarak 27,8m

Selepas itu Syakir muncul sekali lagidi atas trek untuk mengejar emas keduanya . namun dia terpaksa akur dengan hanya pungutan perak melalui catatan 24,0s. Disebelah petangnya , sebelum majlis penutup, STAR membariskan Edin Hisham dan Yumni untuk acara 110m Hurdles L 14, Amirul Asyraf dan Hafizi untuk L15 dan Iqbql Zubir dan Afif Fitri untuk L18. Edin meraih gangsa , Amirul Asyraf dan Iqbal Zubir meraih emas. Then came the highlight of the meet, the 4X400m. Dalam 4X400m L15 STAR membariskan Azim Zainurin, Syakir,Tariq Aqil dan Amirul Ashraf. Wow satu persembahan yang hebat dipamerkan. Azim mengambil sedikit lead. Syakir tambahkan lead, Tariq membuat 200 burst yang dramatik, disudahi larian cemerlang Amirul Asraf yang bila tiba ke garisan penamat menoleh kebelakang untuk melihat pencabar terdekat 100m di belakang. Mereka mencatat 3m 54.6s untuk satu rekod baru. Acara penutup STAR turun sebagai underdog. Namun larian hebat setiap leg yang dimulai Zainul Hakim,diikuti Mohd Ramadan, Luqmanulhakiem dan Aizat Fahmi menyaksikan setiap penonton berdiri memberikan sokongan. Aksi kejar mengejar yang mendebarkan berlaku, akhirnya Aizat Fahmi made a brilliant burst from the top of the last curve to gain lead by about 2 meters. Namun rezeki bukan milik mereka Aizat wan tipped off at the tape by coming from nowhere Yuk Choy last runner. Tus we wrapped up the meet with a silver.

After a four hard days work. STAR dinobatkan JOHAN kategori leleki dan MUNCUL naib JOHAN keseluruhan dengan pungutan 14emas, 10perak dan8 gangsa. Johan Keseluruhan SM Sukan Gunung Rapat mengaut 18 emas.

TUNGGU! STARIANS AKAN DATANG LAGI TAHUN DEPAN DENGAN A MORE WELL PREPARED TEAM. WE WILL CURVE HISTORY.

As I was walking off the stadium a veteran meet official confronted me with a remark " Now STAR has come back to the excellence of the 70's. Wow what a remark, rupanya orang masih ingat kehebatan kita dulu. Dengan ini saya mohon berehat.

catatan ini dinukil oleh Abah Yahya Daud. Kami doakan Abah akan sentiasa sihat dan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki. Kami akan sentiasa menyokong dan mendokong perjuangan abah membimbing pasukan ini dengan kerjasama guru-guru yang berdedikasi seperti Cikgu Azrul dan lain-lain



Pada 5 Mac yang lalu, program pencarian bakat atlet untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Olahraga Daerah Kinta Utara telah berlangsung dengan jayanya. Perancangan rapi yang dirangka dan dijalankan bersama dengan kerjasama baik pihak guru dan murid tua yang sangat berdedikasi dan bersemangat meneruskan kesinambungan kejayaan pasukan olahraga S.T.A.R yang kelihatan sangat berjaya tahun lepas berjaya membuahkan hasil yang sangat baik. Semoga program ini akan terus dijalankan untuk tahun-tahun mendatang demi kejayaan sekolah yang bertuah ini. Majulah sukan olahraga untuk S.T.A.R.




Atlet S.T.A.R telah membawa kejayaan yang sangat membanggakan buat semua warga S.T.A.R. Pasukan yang dibimbing gigih oleh seorang murid tua yang sangat berdedikasi iaitu Cikgu Yahya Daud atau lebih selesa dipanggil Tok Ya dan Cikgu Azrul telah berjaya membawa kegerunan yang luar biasa buat semua pasukan di daerah Kinta Utara.


Pasukan ini telah berjaya menjadi Johan bagi Kategori Antara Pasukan dan Naib Johan Keseluruhan.

Kali ini, dalam kejohanan yang telah berlangsung bermula 22 Mac 2011 hingga 25 Mac 2011 di Stadium Perak, pasukan ini telah berjaya mengutip 14 pingat emas, 10 perak, dan 8 gangsa. Peningkatan memberangsangkan sebanyak 5 pingat emas berbanding pencapaian emas tahun lepas. Tahniah buat pasukan ini dan ucapan terima kasih dari semua kerana buat kali seterusnya mengharumkan nama S.T.A.R . Kami doakan kejayaan berkekalan buat pasukan ini dan selamat berjuang untuk kejohanan akan datang. Majulah sukan olahraga buat negara dan S.T.A.R.








Ragbi terus menjadi sukan teras utama S.T.A.R, Ipoh. Pada 10 April 2011, Pasukan S.T.A.R telah mengadakan perlawanan ragbi tahunan menentang Pasukan Ragbi Sekolah Dato' Abdul Razak. Perlawanan yang sangat sengit dan mendebarkan ini akhirnya telah dimenangi oleh Pasukan S.T.A.R dengan kiraan mata 10-3. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung terutamanya semua 'brother S.T.A.R' yang sangat berdedikasi dan sayangkan sekolah....



Pada tanggal 1 Mac 2011 hingga 4 Mac 2011, Pasukan Kriket S.T.A.R 2011 telah turut serta dalam Kejohanan Kriket Piala Tun Hamzah 2011 untuk zon utara Sekolah-sekolah Berasrama Penuh. Pasukan yang dilatih oleh guru bersara dari Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael iaitu Cikgu Koo Kim Kuang telah berjaya dalam kesemua perlawanan peringkat kumpulan dan layak ke peringkat suku akhir. Pada peringkat separuh akhir, Pasukan S.T.A.R yang baru sahaja selesai perlawanan terakhir pada sebelah pagi yang berakhir lebih kurang 2 jam sebelum perlawanan ini berlangsung berjuang menentang pasukan juara tahun lepas iaitu Pasukan Kolej Melayu Kuala Kangsar bermati-matian. Akhirnya perlawanan yang sangat hebat dan sengit ini dimenangi Pasukan Kolej Melayu Kuala Kangsar yang sempat mengejar mata sebelum berlangsungnya overs terakhir. Sebagai pejuang dalam sukan, semua yang menonton perlawanan ini pastinya akan bersetuju bahawa Pasukan Kriket S.T.A.R sangat kental berjuang hingga titisan peluh terakhir. Keputusan kejohanan bagi pasukan S.T.A.R ialah tempat Ketiga Bersama Pasukan Kriket S.E.M.E.S.T.I yang sebelum itu tewas kepada Pasukan Kriket S.M.S Sultan Mohamad Jiwa. Bonus untuk pasukan ini pula, Saudara Muhammad Aiman b. Abdul Razak dinobatkan sebagai Bowler Terbaik Kejohanan ini setelah berjaya mengumpul 15 wicket dalam 5 perlawanan. Tahniah dan terima kasih kami ucapkan kepada semua pejuang kriket sekolah yang bertuah ini. Semoga kita akan lebih berjaya lagi pada tahun hadapan.... Howzat STARIAN.....







Pada 26 Mac 2011 hingga 27 Mac 2011, telah berlangsungnya Program Latihan dan Pertandingan Menembak Kor Kadet Polis Daerah Kinta (U) 2011, Pasukan Kor Kadet Polis S.T.A.R, Ipoh telah menghantar penyertaan seramai 10 orang kadet dan seorang guru penasihat ke program tersebut. Keputusan pertandingan bagi pasukan ini adalah seperti berikut :

Kategori Sekolah : Tempat Kelima
Kategori Kadet : Kedua Terbaik (Megat Syafiq b. Megat Hariri dengan mata sebanyak 52 mata)

Pencapaian kali ini menunjukkan peningkatan prestasi yang sangat baik. Semoga Pasukan Kor Kadet Polis S.T.A.R akan menjadi pasukan terbaik pada tahun ini.


Panorama STAR Ipoh

Panorama STAR Ipoh

Selamat datang ......

Blog ini memaparkan semua aktiviti kokurikulum yang dianjurkan atau disertai oleh pelajar STAR Ipoh. " Dari bintang, kepada bintang, untuk bintang.........

Tentang kami

My photo
Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

Peminat

Carian Blog Ini

Demi masa

Kalendar Islam